DNR LEKOR SDN. BHD.

1 of
Previous Next

Ad Details

  • Ad ID: 4448

  • Added: May 26, 2023

  • Location: Malaysia

  • State: Terengganu

  • City: Kuala Terengganu

  • Views: 431

Description

Bermula dengan perniagaan kecil-kecilan, kini syarikat perusahaan keropok lekor Bukit Tok Beng ini mula menempa nama di segenap pelusuk negeri di Malaysia. Sebut sahaja kedai keropok Bukit Tok Beng, pasti ramai yang mengenalinya. Keenakan rasa keropoknya yang asli, telah menambat hati ramai penggemar makanan ini. Bangunan perusahaan ini telah dibangunkan di atas sebuah bukit yang telah ditarah. Pada awalnya perusahaan keropok ini diusahakan oleh dua beradik iaitu Haji Nazri Mohd Dagang dan juga adiknya Haji Nazir Mohd Dagang. Membawa nama BTB2209 yang mana dimiliki oleh syarikat Berkat Nazri Nazir Enterprise, mereka bergabung tenaga dan idea untuk menghasilkan keropok lekor rebus yang paling sedap di negeri Terengganu tersebut. Nama BTB tersebut diambil dari singkatan nama kampung tersebut iaitu kampung Bukit Tok Beng. Manakala pemilihan nombor 2209, itu pula adalah sebagai tanda kenangan kepada arwah ayah mereka, yang mana sangat meminati nombor 2209 terutamanya pada nombor plat kenderaannya. Amalan tersebut terus menerus diwarisi oleh anak-anak mereka. Bukan sahaja masih mengekalkan nama BTB2209 itu, malah turut menggunakan nombor 2209 itu pada setiap nombor telefon mereka.

Tags :

Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked. *

Success! Thanks for your comment. We appreciate your response.
You might have left one of the fields blank, or be posting too quickly