KILANG MAKANAN MOI KEE SDN. BHD.

1 of
Previous Next

Ad Details

Description

Kilang Makanan Moi Kee Sdn. Bhd. merupakan perniagaan keluarga yang diasaskan oleh Kok Hock dan Lee Moi pada tahun 1960. Kami mula menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dengan 10 pekerja di sebuah kilang yang kecil di Bentong, Pahang.

Seiring perkembangan perniagaan, kilang kami telah berpindah ke Kuantan, Pahang pada tahun 1972. Ketika itu, kilang kami merupakan kilang makanan pertama yang ditubuhkan di kawasan perinductrian Semambu, Kuantan, Pahang.

Menjelang tahun 2010, kami menaik taraf fasiliti yang sedia ada kepada fasiliti yang lebih efisien untuk menampung permintaan yang semakin tinggi. Kami membekalkan servis penghantaran produk ke kedai runcit, pasaraya dan pasar borong agar kualiti produk kami terjamin. Penghantaran produk kami merangkumi hampir semua kawasan di negeri Pahang dan Terengganu. Produk kami juga dihantar ke sesetengah kawasan Johor.

Kami amat bersyukur atas sokongan daripada penduduk setempat dan akan berusaha untuk menghasilkan produk yang berkualiti, halal dan bersih.

Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked. *

Success! Thanks for your comment. We appreciate your response.
You might have left one of the fields blank, or be posting too quickly