SYARIKAT PERNIAGAAN PERABOT NURI SDN. BHD.

1 of
Previous Next

Ad Details

Description

Syarikat Perniagaan Perabot Nuri Sdn. Bhd yang terletak di KM 17, Jalan Tuaran Tebobon, Menggatal Kota Kinabalu Sabah adalah sebuah syarikat milik Bumiputera yang dikenali dalam bidang pembuatan pembekalan perabot, rekaan dalaman dan pembekal perabot-perabot import. Syarikat Perniagaan Perabot Nuri S/B telah ditubuhkan pada April 1985 dengan modal dibenarkan sebanyak RM 1,000,000.00 dan modal berbayar sebanyak RM 750,000.00 sahaja.

Sejak ditubuhkan, syarikat ini telah bergiat aktif dalam operasinya. Projek yang telah dijalankan termasuklah pembuatan perabot untuk pasaran tempatan, perabot-perabot pejabat, perabot-perabot mewah (import), bekalan perabot ke sekolah-sekolah melalui perolehan tender. Di samping itu, syarikat ini juga telah membekalkan perabot kepada jabatan-jabatan kerajaan, badan berkanun dan swasta termasuk institusi-institusi pengajian tinggi seperti UMS, UITM dan Politeknik.

Kini, Syarikat Perniagaan Perabot Nuri S/B mempunyai peranan penting dalam membantu pembangunan infrastruktur Pembangunan Pendidikan Negara. Sehubungan dengan itu, syarikat ini memberi penekanan pada kualiti dan perkhidmatan operasi yang efisyen. Syarikat percaya, pengurusan yang teratur dan visi yang sealiran adalah penting dalam penstabilan syarikat.

Sebagai sebuah syarikat yang mempunyai tenaga kerja yang mahir dan berpengalaman, kami percaya syarikat kami terus bergerak seiring dengan syarikat yang lain ke arah pembangunan ekonomi Negara menuju wawasan 2020 disamping memastikan segala objektifnya tercapai dengan menekankan perkhidmatan terbaik dan mengeluarkan produk berkualiti tinggi bagi memenuhi aspirasi serta mencapai kepuasan pengguna.

Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked. *

Success! Thanks for your comment. We appreciate your response.
You might have left one of the fields blank, or be posting too quickly